15 Dec 2011
Petua Hilangkan Selsema Ketika Mengandung
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan...
Di sini saya sudi ingin berkongsi dengan sesiapa yang mencari-cari petua untuk hilangkan selsema dan kahak ketika mengandung. Ye lah, dah tentu masing2 tak berani nak mengambil preskripsi yang diberi di klinik walaupun ianya telah diluluskan oleh doktor sendiri. Takpe, apa2 pun yang terbaik sekali adalah cara tradisional, kerana tak memudaratkan anak yang dikandungkan dan kita pun boleh mengamalkan tanpa rasa was-was.
Sebenarnya saya sendiri tengah mengandung, minggu ni dah 16 minggu dan saya sendiri terjangkit selsema dan sakit kepala dari suami saya, dan mmg rasa betul2 tak selesa tambah2 di waktu malam, sbb kalau yg guna kipas, dah tentu rasa tersumbat hidung dan bila bernafas ikut mulut, mula la rasa dahaga.. haii bak kata semua tak kena, lepas tu nak slow kan kipas pulak, suami dengan anak jugak jadi mangsa panas...haha...jadi, jom go straight to the point... apa yg perlu anda buat ialah, beli MADU ASLI di tempat atau kaunter yg betul2 sediakan madu asli, contoh mcm di Zoo Negara, kan ada satu kedai pameran bagaimana madu terjadi dan dijual juga di situ.. Saya paling suka minum MADU ASLI. :P Jom tengok apa kelebihannya madu asli ni...
Di antara kebaikkannya adalah :
Untuk Ibu Mengandung,
-->Membantu melegakan selsema
-->Melancarkan penghadaman
-->Memberi tenaga serta membuang angin dalam badan
-->Melancarkan sistem pundi kencing dan perut
-->Boleh menghilangkan jeragat pada kulit
Bagi baby dalam kandungan,
-->Kulitnya lebih cantik dan bersih kerana Vit C yang amat tinggi dalam madu
-->Mencegah dari infeksi penyakit kerana madu mempunya kualiti antibakteria dan antiseptik (boleh bunuh kuman2)
-->Membantu perkembangan otak dan fizikal baby, kuatkan daya ingatannya.
-->Hindar baby dari terkena jaundis (penyakit kuning)
Ada juga madu yg agak kuat kesannya di mana mungkin tidak sesuai di ambil ketika mengandung. Jadi, jangan pakat main ambil ja, rujuk dulu dengan promoter/penjual, supaya tak tersilap beli. Kan ada mcm2 jenis, madu tualang la, cuka epal la, mcm2 di pasaran, so ringan2 mulut la tanya yang mana sesuai.
Apa kesannya kepada saya, yang bestnya, dalam masa dua hari saya minum, saya dah nampak perubahan, sakit kepala dah hilang, selsema dah kurang, cuma rasa berangin hidung tu, rasa ringan giler badan pada malam first yg saya minum tu,pegi toilet pun lawas, maklumlah semua ibu mengandung akan mengalami masalah urin kotor kan..Bacalah Selawat 3x bersamaan niat untuk menjaga kesihatan setiap kali masa nak minum tu, InsyaAllah Allah Maha Kuasa, Dia sentiasa perhatikan kita.. Saya minum pada waktu pagi dengan perut kosong, masukkan satu sudu plastik penuh bersama air suam separuh gelas, kalau boleh guna plastik jugak la.. haa lepas minum tu 15 minit mcm tu baru la saya mkn vitamin dan asid folic yang di beri doktor tu, seterusnya breakfast..heheh.. Yang paling penting di sini, amatlah digalakkan untuk minum air suam yang banyak, baru lah rasa tekak tak selesa tu boleh kurang. Haa, kepada sesiapa yang asyik kena gatal kerongkong, kumurlah la mulut anda dengan air suam campur garam, mujarab di samping menjaga gigi supaya kuat selalu dan tiada bau yg kurang menyenangkan. Saya amalkan ni untuk puteri sulong saya yg berumur 2 thn setengah, setiap kali sebelum tido, kumur lah.. ye lah, lain la kalau ada listerine for kids kan..hahha, tu ler, apa pun, balik2 tradisional remedies jugak yg membantu kan...:)
Best citer pasal madu nie, khasiatnya mmg tak terhingga, bak kata takde mana2 supplement yang ada zat atau vitamin yang lengkap mcm madu, cuma orang sekarang nie lebih kepada ubat-ubatan, apa2 ja pegi farmasi.
Antara ayat Al-Quran yang menyatakan tentang madu,
Anakku, makanlah MADU, sebab ini baik, dan tetesan MADU manis untuk langit-langit mulutmu.
Selamat Mencuba, Wassalam......:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lau madu yang berjenama xpe gak kn?? sy tgh mengandung 6 bln tbe2 lak selsema...x brani nk mkn ubt
ReplyDeletetgh selsema nie...bJANGKIT dgn office mate ...harap2 bkesan ye bru nk try.
ReplyDelete