11 Jun 2011

Assalamualaikum...Apa khabar hari ini? Alhamdullilah saya sihat dan rasa tenang sekali kerana dalam proses mengganti puasa..hari ni dah masuk hari ke 4 saya ganti puasa dan alhamdullilah tak terasa sangat bahang nya sebab niat saya betul2 nak ganti puasa... apa pun, sebab saya letak gambar kitab Al-Quran adalah kerana saya ingin ceritakan serba sedikit tentang Amalan membaca al-Quran dan faedahnya, ini secara peribadi dari hati saya berdasarkan pengalaman saya...minta maaf sekiranya ada yang terasa saya megahkan diri tapi saya ikhlas untuk berkongsi dengan anda.. :-)

Sebelum saya berkongsi...Mari kita mendalami kesimpulan surah Maryam....

Surah Maryam (bahasa Arab: مريم, Maryam, "Maryam") adalah surah ke-19 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 98 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah karena hampir seluruh ayatnya diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW hijrah ke Madinah, bahkan sebelum sahabat-sahabat beliau hijrah ke negeri Habsyi. Menurut riwayat Ibnu Mas'ud, Ja'far bin Abi Thalib membacakan permulaan surah Maryam ini kepada raja Najasyi dan pengikut-pengikutnya di waktu ia ikut hijrah bersama-sama sahabat-sahabat yang lain ke negeri Habsyi.
Surah ini dinamai Maryam, karena surat ini mengandung kisah Maryam (atau Maria dalam agama Kristen), ibu dari Nabi Isa AS. Surah ini menceritakan kelahiran yang ajaib, dimana Ia melahirkan Isa AS sedang ia sebelumnya belum pernah digauli oleh seorang laki-laki. Kelahiran Isa AS tanpa ayah, merupakan suatu bukti kekuasaan Allah SWT. Pengutaraan kisah Maryam sebagai kejadian yang luar biasa dan ajaib dalam surah ini, diawali dengan kisah kejadian ajaib lainnya, yaitu dikabulkannya doa nabi Zakaria AS oleh Allah SWT, dimana ia ingin dianugerahi seorang putra sebagai pewaris dan pelanjut cita-cita dan kepercayaannya, sedang usianya sudah sangat tua dan istrinya adalah wanita yang mandul.


Pokok-pokok isi surah tersebut antara lain:
  1. Keimanan: Allah berbuat sesuatu menurut yang dikehendaki-Nya, kendatipun menyimpang dan hukum-hukum alam; Isa AS bukan anak Allah kerana mustahil Allah mempunyai anak; Jibril AS turun kepada rasul-rasul membawa wahyu atas perintah Allah; di hari kiamat orang kafir menghadap Allah sendiri-sendiri, semua manusia akan menghadap Tuhan sebagai hamba.
  2. Kisah-kisah: Allah mengabulkan doa Zakaria AS untuk memperoleh anak; kisah kelahiran Isa AS tanpa ayah; kisah Ibrahim AS dengan bapaknya; Musa AS seorang yang dipilih oleh Allah; Ismail AS seorang yang benar dalam janjinya; Idris AS seorang yang sangat kuat kepercayaannya.
  3. Dan lain-lain: Ancaman terhadap orang yang meninggalkan salat dan mengikuti hawa nafsunya serta kabar gembira untuk orang-orang yang telah taubat dan mengerjakan amal-amal yang saleh; keadaan di surga; membiarkan orang yang sesat setelah diberi petunjuk bergelimang dalam kesesatannya adalah sunnah Allah.
Sebenarnya ayat ni tersangat la indah sehingga saya praktikkan membacanya sewaktu saya tahu yang saya mengandung 2 bulan, saya dah berniat nak khatam 30 juzuk sebelum bersalin, tujuan adalah untuk sematkan satu persatu ayat2 di dalam al-Quran ke dalam jiwa, otak dan hati anak yg saya kandungkan masa itu, Nur Qasrina Firjani sambil saya selalu menepuk perut dan memberitahu dia "Baby,mama tengah baca ayat/surah sekian2 dan baby dengar tau apa yang mama baca ni supaya nanti baby pun pandai baca" dan bestnya baby  menendang perut sewaktu saya baca atau pun bersolat.Alhamdullilah saya meneruskan amalan ini sehingga saya mengandungkan dia 8 bulan dan saya dah khatam semasa itu. Selepas itu saya cuma teruskan membaca Surah Mariam dan Surah Yusuf. Pada hari saya berada di wad bersalin di hospital, tetap saya membawa Al-Quran dan membaca surah Maryam tanpa berhenti. 98 ayat cepat jer habis sebab saya tak nak rasakan situasi tegang dalam wad bersalin.Bila doktor cakap saya perlu ke diubah ke "Labour Room", tak dapat nak bayangkan macam mana kencang nya jantung saya berdegup dan sewaktu itu, Quran terletak di atas dada saya dah masih saya membaca. Tujuan utama nya ada lah kurang rasa sakit semasa melahirkan anak. hehhe..mentality saya masa tu, taknak sakit beranak. Akhirnya, doktor umumkan yang saya takkan dapat bersalin normal atas sebab2 munasabah seperti, walaupun saya telah dimasukkan ubat 2x(V.E) dan di induce untuk memaksa pintu rahim supaya terbuka, tapi Allah Maha Mengasihani kerana semuanya tak berhasil dan Dia faham kehendak hambanya yang tidak sanggup menahan rasa sakit walaupun masa itu air mata saya mula mengalir kerana kontraksi yg saya alami amatlah kuat dan agak menyakitkan, lalu doktor umumkan yg saya perlu dibedah secepat mungkin supaya bayi tidak lemas dalam kandungan..Syukur tapi sewaktu itu saya tetap biarkan suami buat keputusan tentang saya perlu di bedah atau normal jugak, tapi suami tetap suami...dia memilih untuk dibedah, entah apa difikir dalam hatinya ketika itu..

Apa yang saya nak sampaikan di sini ketika ini ada lah...Surah Maryam dan amalan membaca Al-Quran telah banyak membantu saya ketika saya mengandung..dan yang paling menggembirakan, anak ketika ini amatlah cerdik melakukan kerja rumah seperti perempuan dewasa walaupun tetap dengan cara kanak2nya dan dia berwaspada dengan laungan Azan, bacaan ayat Al-Quran, bila tengok saya bersolat, dia ikut gerak geri saya bersolat dan mengangkat tangan seperti membaca doa sambil mulut terkumat kamit dan yang paling tersentuh, dia mengangkat Al-Quran dan memberikan pada saya selepas saya berikan salam dan menunjukkan isyarat tangan supaya saya membaca di samping dia duduk di hadapan saya...ala mcm ustaz duduk di hadapan kita masa kita mengaji dan jari dia ikut jari kita menunjuk pada ayat di baca masa itu..hehe...Surah Yusuf telah beri banyak manfaat kepada saya, kerana saya telah mendapat anak yang begitu manis raut wajahnya bila tersenyum..

Di bawah ni adalah sedikit sebanyak kesimpulan dari Surah Yusuf yang boleh kita kongsikan bersama...

Surah Yusuf (سورة يوسف) adalah surah ke-12 dalam Al Qur'an dan terdiri atas 111 ayat. Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana metitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. . Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat . Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail bahswa segolongan orang Yahudi memeluk agama Islam selepas mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini kerana ia sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita nabi Yusuf a.s. ini, Nabi Muhammad s.a.w. mengambil unsur pengajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.

 Isi kandungan

  1. Keimanan: Kenabian Yusuf a.s. dan mukjizat-mukjizatnya; ketentuan yang berhubungan dengan keagamaan adalah hak Allah semata-mata; qadha Allah tak dapat diubah; para rasul semuanya lelaki.
  2. Hukum-hukum: Keharusan merahsiakan sesuatu untuk menghindari fitnah; barang dan anak temuan wajib dipelihara dan tidak boleh dibiarkan; boleh melakukan helah yang tidak merugikan orang lain untuk memperoleh sesuatu kemaslahatan.
  3. Kisah-kisah: Riwayat Nabi Yusuf a.s. bersaudara dengan orang tua mereka Yaakub a.s.
  4. Dan lain-lain: Beberapa unsur teladan yang mulia yang dapat diambil dari cerita Yusuf a.s: persamaan antara agama para nabi-nabi ialah tauhid.
Apa yang saya tulis di sini hanya dengan niat untuk berkongsi cerita dan keagungan ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai khasiat nya tersendiri... Sehingga hari ini saya tetap mengamalkan baca Al-Quran pada waktu malam dan insyaAllah saya harap saya tidak akan lalai dari tanggungjawab itu...kerana tanpa nya, mungkin saya tidak seperti hari ini...Alhamdullilah..

No comments:

Post a Comment